Kenapa Kita Kena Buang Blackhead Dan Whitehead Selain

Mar 02, 2021

https://www.facebook.com/332604941001696/posts/761814518080734/" data-width="500" data-show-text="false" data-allowfullscreen="true" style="overflow: hidden;position:relative;">

Kenapa Kita Kena Buang Blackhead Dan Whitehead?

Selain jerawat, whitehead dan blackhead adalah perkara yang paling dibenci semua orang!

Sudahlah selalu muncul, satu hal pula nak buang semua whitehead dan blackhead tu lepas tu sakit lagi dapat.

Untuk pengetahuan, punca utama munculnya whitehead adalah kerana liang pori yang tersumbat. Bila dah tersumbat membuatkan kawasan tersebut dipenuhi minyak dan tidak dibersihkan dengan betul membawa kepada masalah tersebut.

Tempat selalunya muncul whitehead adalah di bahagian muka iaitu di hidung, dagu dan juga dahi. Kawasan yang kita kenali sebagai T-Zone.

Manakala, blackhead pula adalah benjolan kecil yang muncul di kulit anda kerana folikel rambut/ liang roma tersumbat. Tidak hanya muncul di muka, blackhead juga boleh ditemui di bahagian belakang badan dan dada.

Kenapa kena buang?

Sebab utama adalah untuk kebersihan dan kesihatan kulit. Kalau sinki di rumah yang tersumbat pun kita kena betulkan inikan pula kalau ada yang ‘tersumbat’ di bahagian muka kan?

Selain itu, kita juga akan rasa lebih selesa dan yakin bila wajah kita bebas daripada whitehead dan blackhead ini kan?

Nak tengok whitehead tu macam mana?jom saksikan video ni 😇

CikD Beauty & Aesthetic

#rawatanjeragat #beautician #dripsetiaalam #dripmurah #facejabsetiaalam #facejabpdrn #facejabacne #facejabjeragat #facejabmelasma #muslimahbeautician #facialmurah #facialsetiaalam #cikdbeauty #setiaalam #meru #klang #drlauranne #drlaurannemalaysia #behindyourbeauty


Follow Us

Our Album