ANDA MEMPUNYAI MASALAH TONA KULIT TAK SEKATA ?? ???
KETAHUI PUNCA & CARA UNTUK MENGATASINYA
Mesti ramai yang mempunyai masalah tona kulit tak sekata kann, jangan risau cikd akan share kat uolss cara untuk mengatasi dan punca kenapa kulit kite tak sekata semoga dengan perkongsian ni dapat memberi manfaat dan pengetahuan untuk semua ?
Tona kulit tak sekata sememangnya sangat menganggu penampilan kita. Kulit bukan sahaja nampak suram,bahkan akan membuatkan kita nampak seperti orang yang kepenatan, tidak bermaya, nampak lebih tua dan tidak sihat.
Ada banyak faktor penyebab tona kulit tak sekata,salah satunya adalah disebabkan ketidakseimbangan hormon dalam tubuh. Jadi, tidak hairan tona kulit tak sekata lebih senang dilihat pada wanita mengandung ataupun menopause kerana mereka ini sedang mengalami perubahan pada beberapa jumlah hormon. Perubahan warna kulit sering terjadi pada wanita yang menopause kerana hormone esterogennya menurun sehingga menyebabkan keanjalan kulit berkurangan dan warna kulit jadi tidak sekata.
Selain hormon, warna kulit yang tidak sekata juga disebabkan oleh sinaran cahaya matahari. Pancaran sinaran matahari secara langsung boleh membuatkan kulit menjadi lebih gelap. Apatah lagi, jika kita terdedah terlalu lama, sehingga menyebabkan pigmentasi dan membuat kulit menjadi lebih kusam, berminyak dan kering.
Gabungan perubahan hormon dan sinaran cahaya matahari juga mengundang kemunculan melasma atau bintik-bintik hitam di kulit. Pemakaian produk-produk kecantikan yang tidak tepat juga boleh membuatkan tona kulit tak sekata. Perubahan tersebut terjadi kerana tindakbalas sensitif kulit pada zat-zat yang terdapat dalam produk kecantikan tersebut.
Ada banyak cara untuk meratakan warna tona kulit tak sekata. Misalnya, menjaga hidrasi kulit dengan memperbanyakkan minum air masak dan melakukan rawatan muka secara rutin 2 atau 3 minggu sekali.
Selain itu, cuci muka dengan pencuci muka yang sesuai dengan kulit. Kemudian sapukan pelembab pada kulit setiap hari supaya kulit sentiasa cerah dan tona kulit kembali sekata.
Jika perlu, lakukan skrub muka dan ditambah dengan pemakaian masker yang sesuai dengan jenis kulit. Di samping itu jangan lupa bersenam dan mengambil vitamin C dan E yang mampu membantu memulihkan warna kulit.
Selain itu, setiap kali keluar rumah, pastikan kita memakai krim pelindung cahaya matahari (sunblock ) yang sebaiknya mengandungi SPF 30.
Cikd share video treatment yang sesuai bagi kulit yang mempunyai masalah kulit yang tidak sekata ,jom saksikan video pendek ni ?
Semoga info yang CikD share ni memberi manfaat pada semua ?
#rawatanjeragat #beautician #dripsetiaalam #dripmurah #facejabsetiaalam #facejabpdrn #facejabacne #facejabjeragat #facejabmelasma #muslimahbeautician #facialmurah #facialsetiaalam #cikdbeauty #setiaalam #meru #klang #drlauranne #drlaurannemalaysia #behindyourbeauty